Monday, May 18, 2015

TITANIC

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca pembaca setiaku sekalian (ada kewww?) hakhakhak. :P 

Okay hari ni aku buat review pasal cerita paling best kat bumi iaitu TITANIC :). Aku ingat lagi cite ni first time aku tengok ngn adik aku masa umur lima tahun guna komputer dulu dulu yang macam tv tu. Masa tu tak paham sangat cerita dia macamana. Tau cita tu femes je. Lima tahun kan. Mana nak paham apa. And after that, bila masa dan ketika ada nya cerita ni kat tv, memang aku akan tengok. AKAN TENGOK. Kalau tak dapat tengok aku akan emo seminggu (aku memang emo sikit kalau kalau cite best best aku tak dapat tengok. bukan sikit. BANYAK) hahaha. Okay back to titanic.

Titanic ni semua orang tau masa kapal ni dibina dia punya struktur binaan kuat nak mampus sampai kan dinobatkan kapal paling hebat masa tu and takkan tenggelam walau apa pun yang jadi. BESAR GILA kapal ni. Tapi nak buat macam mana, disebabkan keangkuhan perekanya dan bila Allah cakap kun fayakun maka jadilah ia, kapal ni tenggelam hanya kerana terlanggar aisberg. Kalau hampa nak tau meh cik pejelina cita sikit meh semua pasal titanic yang cik pajelina tau. Aku ada buat research sikit pasal ni. eh bukan sikit. BANYAK. HAHA. Banyak sebab setiap kali cita ni on air kat tv mesti aku akan google pasal cita ni. Semua lapan juta facts pasal Titanic semua aku tau. Deleted scenes pun aku tengok tau. obses tak obses. haha.

Setiap kali aku cakap or tanya pasal cerita ni kat kawan kawan aku mesti aku dapat reaksi macam ni.

"ko tengok cite titanic?? ee jiwang siot kau ni hahaha"

"serius ah ko suke tengok titanic? jiwang gila!"

"ko tengok titanic?? eee banyak part censored tau. lucah la ko ni hahaha"

"aku kalau tengok titanic tak pernah habis. cita dia lama sangat la!"

Hahaha. Ni antara respon respon yang aku dapat la. And setiap kali tu la aku bukan main semangat lagi menidakkan pandangan mereka terhadap cerita kegemarankus inis. haih. haha. Okay meh sini nak cerita. dari tadi nak cerita tak cita cita pun kan, lempang sekali. hehe. aku cerita ikut point la eh. Tapi aku rasa bertabur sikit ni. maap lah ye. saya memang macam ni. peace.

1.  Kalau korang nak tau, Titanic ni kalau director nya masukkan sekali semua deleted scenes, cite ni jadi 5 jam tau! Tapi deleted scene yang dorang potong tu memang sangat kena sebab cerita yang dah potong deleted scenes tu pun dah okay. Antara deleted scene yang aku ingat iz masa kapal tu dah nak tenggelam, yang Rose naik bot penyelamat pastu dia main main mata dengan dengan Jack masa nak turun pastu atas dorongan rasa cinta yang mendalam dia panjat balik kapal tu pastu Jack lari pegi kat dia pastu yang tunang dia yang jahat tu(tak ingat nama) kejar dorang, pastu tengok Rose dengan Jack tengah kissing pastu dia bengang kan? kan lepas tu konon dia nak patah balik pastu tiba tiba dia ambik pistol orang bawah dia tu(orang bawah ke?) pastu terus tembak berdas das kat Jack ngn Rose pastu dorg pun bertempiaran lari. Lepas dorg lari tu dia tak larat nak kejar dah pastu dia macam tergelak sikit macam ahahah macam tu kan dekat orang bawah dia tu? pastu orang bawah dia tanya why? pastu dia cakap dia letak rantai (Heart of The Ocean) dalam kot dia before dia keluar bilik tadi and I put the coat on her! kata dia sambil menjerit sikit. pastu dalam cerita yang sebetulnya terus ke part Jack and Rose kan? tapi yang deleted scene ni, yang jahat tu bagitau orang bawah dia kalau nak rantai tu p la kejaq depa. pastu bermula lah adegan kejar mengejar antara orang bawah tu dengan Jack dengan Rose pulak. Haa yang scene tu la yang deleted scene. Kalau korang nak tengok korang boleh tengok kat youtube :)

2. Aku tengok cerita ni dari saat pertama hingga lah ke saat terakhir. Semua orang ingat kapal tu tenggelam sebab terlanggar iceberg kan kan? SEBENARNYA TAKK. DAN SEBENARNYA YA. Ya, kapal tu memang terlanggar iceberg tapi faktor yang sebenarnya ialah kapal tu dipandu laju sangat. Macam ni. Ada satu dialog ni. Ada satu pakcik kaya(pakcik A) ni, aku taktau dia pangkat apa dalam kapal tu, dia cakap kat satu pakcik ni(pakcik B), pakcik tu macam pakcik yang berkuasa handle kelajuan kapal nila. pakcik A ni cakap kat pakcik B, tolong tingkatkan kelajuan kapal ni sebab die nak kapal ni sampai America(correct me if im wrong) awal sehari dari jadual asal and jadi main news kat America sebab dorg sampai awal and tu akan buatkan nama pakcik B tu meletops angkat tangan meletops! then pakcik B tu argue mula mula. Dia cakap cannot la sebab nanti bimbang keselamatan penumpang la apa lagi entah dia cakap. pastu pakcik A ni argue balik cakap ni kapal yang tak mungkin tenggelam la apa la sangat laju yang dia suruh tu la blabla kau buat jela yang aku suruh! ha macam tu la konon dia cakap. pastu pakcik B ni pun akur la teruih p kat kelasi kapal nye pun suruh tingkatkan kelajuan nye pun. kelasi dia pun akur. Disebabkan kapal ni laju sangat la kapal ni terlanggar jugak iceberg tau tak. Aku ingat lagi scene tu. Masa dua orang kelasi kapal yang ditugaskan  untuk memerhatikan kalau kalau ada iceberg yang mendatang, dorang terlambat sikiiittt ja nak bagitau yang handle roda kapal(roda yang handle kelajuan kapal) sebab dorg tengah dok syok tengok aksi Jack dengan Rose. Sebabkan kapal ni laju sangat la dorg tak sempat nak buat selekoh nak elak betul betul iceberg tu. Aku ada baca satu facts about titanic ni, yang mengatakan kalau dorg perasan iceberg tu 30 SAAT awal dari masa yang dorg perasan maybe dorg sempat elak iceberg tu and semua orang SELAMAT. tapi benda dah nak jadi kan? sedih bukan? Masa dah terlanggar tu memang ketua kelasi kapal(pakcik B) tu muka cuak gila, and bila dia bincang bincang dengan mereka mereka memang confirm kapal ni akan tenggelam dalam masa dua jam lagi. Pakcik B tu pun perli pakcik A, ayat dia macam ni, tahniah pakcik A, titanic akan tenggelam tak lama lagi, memang news pasal titanic ni akan jadi muka depan dalam paper nanti, tahniah!! haa hambek ko. padan muka. pastu yang aku bengang nya pakcik A ni selamat masalahnya, dia masuk dalam bot penyelamat yang dikhaskan untuk wanita dan kanak kanak dengan muka tak malunya, pastu masa nak turunkan bot tu orang tu perasan yang pakcik A ni dalam bot tu tapi dia biaq jaaaa. eeee bengangggg!! pengecut!

3. Okay salah satu fakta yang aku suka titanic ni sebab dia karam masa bulan april. 15 April tahun berapa tah. 19 30 someting rasanya. betulkan kalau salah terimakasih. bukan la aku suka sangat facts yang kapal ni karam, aku suka sebab setiap tahun bulan april mesti mana mana tv akan tayang cita ni sebagai tanda mengenangkan kekaraman kapal ni la. rasa macam diraikan pulak sebab I am baby April babyyy!! sebab tu aku suuuka sangat cerita ni hahahha!

4. Fakta lain yang aku suuuuka sangat cita ni ialah saat bila terkaramnya kapal ni, bila terbelah dua nya kapal ni, bila kelam kabut nya semua orang nak selamatkan diri, aku terfikir, kalau la aku kat tempat dorg, apa aku akan buat? apa akan aku lakukan? adakan aku selfish? fikir ke tak pasal mak ayah adik adik aku. kalau korang apa korang akan buat? aku suka cerita ni sebab tu la, bukan sebab aku ni jiwang ke apa. aku bukan nya fokus sangat pun kat kisah cinta Jack and Rose. okay ni tipu. haha. bukan la tak fokus sangat, cuma aku lagi fokus tang bila kapal tu dah tenggelam and nak terbelah dua. I cried every time I watched this movie y know. EVERY TIME. sedih wey cerita ni betul tak tipu. Part censored pun bukannya ada pun sebab tv dah potong habis semua and aku tak pernah tengok cita ni kat lappy okay. taktau lah kenapa. maybe macam tak thrill kot. lagipun kalau tengok kat lappy tiga jam tak benti penat wohhh. atleast kat tv okay sikit sebab ada iklan. boleh la time tu nak p kencing sat apa semua. hahaha. lagi pun macam best pulak dok countdown sendiri bila lah cerita ni nak ada ni kat tv ni. hahahaha. syok weh ceni!

5. Lagi fakta pasal kapal ni iz bot penyelamat untuk kapal ni hanya cukup cover separuh saje dari seluruh penumpang titanic tu. Penumpang titanic ada 2227 and hanya 705 orang je yang selamat. tak sampai separuh pun wei. TAK SAMPAI EH. sobs sobs. Ada satu dialog ni aku ingat lagi antara pakcik A ngn Rose, pakcik A cakap dia dah usulkan untuk tambahkan bot penyelamat sebelum kapal ni berlayar tapi dorg buat bodoh and bagi alasan buat semak kapal je kot? lehhhh. geramnya la aku lahai. haih. masa operasi menyelamat dijalankan, dorg hanya tempatkan separuh ja penumpang yang sepatutnya dalam bot tu. sampai la pakcik A kot marah kenapa tak penuhkan je bot tu baru dorg penuhkan. and aku ada baca, sehari sebelum titanic berlayar, pihak titanic ada keluarkan bot bot ni untuk penumpang penumpang titanic practice if anything bad happens, but it was CANCELLED. alahai. dah la LEBIH separuh daripada bot penyelamat tu tak penuhkan capacity penumpang pun. Pakcik A tu pun mati sebab dia tembak diri sendiri rasanya. sedihnya Ya Allah. :(

6. Yang aku ingat lagi aku ada baca kat mana tah, ada funny facts pasal titanic ni, yang scene Rose ngn Jack nak berdiri atas kapal yang tagline famous you jump I jump tu, kan Rose kena depangkan tangan nye, director ternampak secebis bulu ketiak Rose, and dia pun cakap, "okay Rose we gonna shave your armpit first and after that baru kita continue shoot" haa camtu la ayat dia hahahahh sukati aku ja :D and lagi satu ada news cakap yang Kate Winslet ni kena pnemonia lepas penggambaran tu sebab dia refuse nak pakai jaket. tak salah aku la. correct me okay if im wrong sebab aku baca facts ni bulan lepas masa titanic ada kat tv2 hari tu. macam dah lupa sikit. sory :)

okay itulah serba sedikit facts and pendapat aku pasa Titanic hashtag ceritapalibestkatbumi ni. Kalau korang nak tau more korang boleh baca kat link ni http://www.omgfacts.com/lists/15969/12-Haunting-Facts-About-The-Titanic-That-You-ve-Never-Heard-Before-7-Blew-My-Mind 
takpun korang taip je kat google Facts about titanic nanti keluar lah segala facts yang ada. nah. thankyou for reading :) next entry aku lanje gambo gambo titanic ni eh. now malas. bye!

p/s : mak aku ada hantar kat whatsapp group hari tu yang pasal titanic karam ni memang Allah ada sebut dalam Al-Quran. Wallahualam


No comments:

Post a Comment