Tuesday, May 26, 2015

SAYA SUDAH BERIKRAR

Assalamualaikum, hai semua.

korang pernah baca novel diagnosis? novel tu ditulis oleh dr anwar fazal and kawan kawan dia. novel tu pasal pengalaman doktor doktor kat mesia and dorg buku kan, aku dah baca dua dua. diagnosis 1 dah 2 pun dah, seriously best gila novel tu. those writing comes from heart kot. really touched.

hari tu adik aku balik dia bagi aku baca diagnosis 2. ada satu cerpen ni pasal derma organ. cerpen tu memang sangat sedih, pasal sorang perempuan koma and doctor decide nak cabut tabung oksigen and parents dia takkasi. ke macam tulah aku dah tak ingat heee. then bila perempuan ni dah meninggal hospital nak ambik organ dia sebab die pernah daftar untuk derma organ tapi parents dia refuse nak bagi sebab die tak pernah bagitau parents dia pun. last sekali lepas doktor pujuk then baru diorg kasi, aku bila baca ni air mata adoi menitis nitis sedihnya lahai.

summary cite tu cakap kurang daripada separuh daripada rakyat malaysia yang willing nak derma organ and hospital hospital kat malaysia ni memang kekurangan organ sangat sangat. sebab tu kes kes pencuri organ ni berleluasa sangat. pencuri organ ni sangat kejam dan sangat lah kejam dan tersangat lah kejam. dorg culik orang lepas tu ambik organ lepas tu campak mayat tu merata rata macam tu je. dah la organ jual mahal. kadang kadang tu masa ambik organ dorg buat hidup hidup! wehhh sedih boleh tak :( 

then lepas baca cerpen tu aku terus bukak www.dermaorgan.gov.my and daftar sebagai penderma organ :) korang boleh pergi laman web tu and isi details maklumat diri korang and tick lah kat mana yang korang rasa korang nak donate nanti :) sorry aku nk try tunjuk laman web tu tapi lappy aku ni lembab. 

then after two weeks mayb, saya dapat niiii!!

Cantiknya yeayyy!!

kad belakang kad tu korang boleh isi details korang and nanti dia sediakan ruang korang nak donate apa.  kita boleh derma tisu, jantung, paru paru, kornea, kulit and ape lagi tah.

show this to one of my medical friend, and she show her card too! hehehe so proud of us! and lepas tu dia kata tapi aku takkan derma kulit kot! kesian orang tu nanti HAHAHAHAHA. FIZAHHH!! you never fail to make me laugh! :DD

lepas dapat kad ni aku ada tanya mama, "mak nanti bila kita dah mati pastu depa ambik organ kita agak agak sakit tak masa tu?" pastu mama tergelak sebab aku pernah kata kat parents aku yang kalau aku mati accident ke kena bunuh ke apa jangan pernah buat post mortem kat aku seba aku tau bila kita dah jadi mayat nanti lagi la orang kena layan kita lembut lembut. bayangkan dah kena air mata pun sakit macamana kalau buat post mortem? erkk. sebab tu kalau mandikan mayat kena mandi kan dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. takut kita terseksa mayat tu.

mula mula aku takut jugak nak daftar. tapi bila fikir fikir balikm banyak macam banyak je pahala aku kat dunia ni dah la sedekah pun jarang, nak derma darah tak layak pulak. so aku taktau aku dapat kekuatan ni dari mana, tak fikir sangat pun seba aku tau kalau aku fikir nak ke taknak mesti jadi taknak punya nanti. aku terus g laman web tu daftar. fullstop, apa nak jadi jadi. yang penting ikhlas. apa nak jadi lepas aku mati apa aku rasa apa aku dapat lepas mati ni biar lah Allah je yang tahu. :)

and isnin hari tu masuk office aku tunjuk kat ain, ain terkejut and dia cakap aku first kawan dia yang buat macam ni,dia pon tak berani. lol. ain ain, hahahha :DD

BYE!

p/s : tunjuk kat amad kad ni and tanya dia bila nak daftar macam kakak? he said, "errr, belum terfikir lagi nak ke arah tu" LOL



No comments:

Post a Comment