Friday, August 21, 2015

Petua Cun #1 #Rambut

Assalamualaikum. Hai.

Aku ni dilahirkan mempunyai rambut yang sangat kasaq bagai dawai. Kasaqnya rambutku membuatkan aku begitu pilu dan sedih sekali. Tambahan pula, kedua adik perempuanku mempunyai rambut yang ikal mayang beralun alun seperti ombak bila menyikatnya. Mereka sering bercerita bahawa rakan rakan mereka sering memuji dan cemburu akan rambut mereka yang beralu alun seperti ombak dan ikal mayang itu. Tetapi aku? Pilu sekali lagi.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, aku mengikut emak dan adikku pergi ke suatu tempat untuk membuang sesuatu (hard to tell). Untuk membuang sesuatu itu, aku harus mandi air limau.

Okay. Diringkaskan cerita, aku mendapat petua menjaga rambut secara tidak langsung di sini. Untuk mendapatkan rambut yang lembut lurus bersinar dan beralun alun biarpun tidak disikat adalah seperti berikut :

Ambil sebiji limau nipis dan belah dua. Basahkan rambut seperti biasa. Kemudian, apabila rambut sudah basah, ambil sebelah bahagian limau tersebut dan sapu di rambut sambil perah limau tersebut. Buat sehingga habis perah limau tersebut dan make sure kena kulit kepala. Selepas itu, JANGAN BILAS RAMBUT. Lap air menggunakan tuala perlahan lahan. Ambil sikat dan sikat rambut PERLAHAN LAHAN dan selembut yang mungkin. Lepas tu lap rambut guna tuala selembut yang mungkin untuk lap air yang menitik nitik tu, Tunggu rambut hingga kering. 

Limau nipis macam ni ye kawan kawan. bukan yang kecik tu. selama ni mati mati aku ingat yang kecik tu limau nipis lols
OKAY. SELAMAT MENCUBA!

p/s : Kalau period dinasihatkan jangan buat ye sebab masa kita period segala liang kat badan kita tengah terbuka so better jangan basahkan rambut apatah lagi letak limau yang asid kuat ni kat kepala! Pening kepala nanti. For the first until four day of your period.

No comments:

Post a Comment