Tuesday, March 27, 2018

Monday, March 19, 2018

LAWYER

Cehh. Tajuk ala ala tajuk buku fixi :P

When you talk with the lawyer...


HATI KENA CURI PUN CONCERN KEMAIN HAHAHAH 

I AM BACK!


Assalamualaikum.

Facebook off, Instagram off, now I am back to blog! Yeayy!




Saturday, April 1, 2017

JODOH PASTI BERTEMU


Andai engkau tahu, betapa ku mencinta,
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku,
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau minta,
Kupasrahkan hatiku, takdirkan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu,
Ku berhenti mengharapkanmu,
Jika aku memang tercipta untukmu,
Ku kan memilikimu,
Jodoh pasti bertemu

Andai engkau tau betapa ku mencinta
Kupasrahkan hatiku, takdirkan menjawabnya

oooo
Jika aku bukan jalanmu,
Ku berhenti mengharapkanmu,
Jika aku memang tercipta untukmu,
Kukan memilikimu,
(jika aku bukan jalanmu)
Kuberhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Kukan memilikimu
Jodoh pasti bertemu


Thursday, October 1, 2015

Peristiwa 27 September 2015

Assalamualaikum.

Ada banyak benda best berlaku pada 27 September 2015 sebab tu aku decide nak abadikan dalam blog ni. Haha. 

Seperti yang diketahui umum, hari ni merupakan hari terakhir kami adik beradik di rumah sebelum berangkat ke tempat belajar masing masing. Ani punya tiket 430 petang, amad balik lepas zuhur dengan amir and aku biasalah, akan balik selewat yang mungkin. Hehe.

So, pagi tu after subuh aku turun bawah pijak batu refleks sambil tengok running man (teruk betul pagi pagi dah tengok RM, orang baca almathurat T.T). Lepas setengah jam pijak terus mengantuk (memang kesan lepas buat refleks jadi mengantuk). Aku pun tido jap then 830 adik aku naik gerak cakap mama suruh pegi pasar pagi beli ikan nak bawak balik puncak. Lepas tu pegi jelah dengan adik aku. Ya Rabbi stress betoi p markit ngn mamat ni. -___-

Balik tu macam macam nak dimasaknya sebagai bekalan balik rumah sewa dan asrama nanti. Riuh dapoq haha. Mak aku masak laksa. Ani si gemok buat dodol ngn mama and aku buat kek carrot dengan nurul. Si lelaki tu pegi main game. Grrrr!!

And bergelumang lah segala galanya. Tepung di sana tepung di sini tah kat mana tepung gandum soda birkabonat semuanya lahh. Aku ngn nurul seperate bahan then nanti terus campur jee. Okay then kek dah siap. Buat cheese cream pulakk.

Lepas dah siap cheese cream maka bermulalah satu pengkhianatan hahahahaha. Mula mula penuh kan cream dekat seluruh kek. Lepas tu kengkonon nak tulis something atas kek tu.

Me ; Nak tulih apa atas ni ni?
Nurul : Taktau la ikut kamu la
Me : Okay kita tulis we, loveee, mama, abah
Nurul : Okay

Lepas tu ada ruang kosong banyak lagi lepas tu hahahahahaha (aku dengan nurul je yang paham)

Nurul : Ni ada kosong lagi ni nak tulih apa ni?
Me : Ermm, hah kita tulih kecuali ani (terus tulis secepatnya hahahaha)
Nurul : Hah? HAHAHAHAHAHAHA
Me : (tulis sambil gelak kuat gila!) tambah amad nak? (terus tulis!)
Nurul : HAHAHAHAHAHA

Setengah jam gelak tak berenti hahahahahahahahahahahaha!


ni ler kek nyeww, walaupun nampak huduh tapi dalamnye penuh kasih sayang okay!

Mungkin orang lain tak paham apa yang lawak sangat yang penting aku ngn nurul tau apa yang kami gelakkan hahahahaha. Kami memang selalu kenakan ani. Hehehehehe.

Mama buat macam macam makanan untuk kami bawak balik buat bekal. Kacang pedas la kek carrot laksa dodol ikan goreng buah macam macam la. Bak kata nurul, patut lah dia seorang ibu :')

Right after nak balik tu dapat tau Uitm bagi cuti hari isnin sebab jerebu. Yeeehaa! Heaven nak mampuih oiii. Rasa macam orang buta dapat tongkat kera dapat bunga semua lah. Hehehe.

Terus tak jadi kemas punggah balik barang turun bawah MAKAN hahaha. Seronokkk. Malam tu The Paklangsss datangs rumahs. Have a lot of fun with Ali :D Main game macam macam ngn dia. Mula mula test matematik dengan dia. Lepas tu main bagi nama binatang start dengan huruf ___. Gelak macam tak ingat dunia sampai kena marah and paling awkward sekali kami dua ja yang gelak kat ruang tamu tu. Kahkahkah. 

Lepas The Paklangs balik terus bukak laptop tengopk running man. Nurul keluaq. Around 1045 malam Nurul balik ketuk ketuk pintu kuat kuat. Bukak bukak pintu dia jerit, "kakak cepat keluar ada ular kat rumah sebelah!!"

Woi nebes mak oii terus grab tudung intai rumah sebelah. Anak dato' depan rumah dengan bini(or wife tak sure) dah jenguk jenguk ular tu kat bawah kereta orang sebelah. Kecoh!











Monday, August 31, 2015

Lagu Lagu Pembakar Semangat

Mari kita kongsi lagu lagu yang seronok didengar ketika stress atau semangat tengah down atau ketika cubaan membunuh diri mungkin? LOL.


Standing in the eyes of the world. Selalu dengar lagu ni pagi pagi masa kat segamat dulu. Sebagai pembakar semangat kononnya :D

 
Bersama sama. Tempuhi segala. Saat gemilang akan tiba. Kan kita kecapi bersama (:


Sama sama. Menjejak mimpi. Sama sama. Mencari dan menanti. Segalanya direstui cinta sejati :)

Yang ni jelah kot yang terfikir setakat ni. Banyak lagi sebenarnya. Lagu lagu faizal tahir pun banyak yang best :)

p/s : Ahad ni dah balik puncak dah. Last sem dah yuhuuuuu!

Friday, August 21, 2015

Petua Cun #1 #Rambut

Assalamualaikum. Hai.

Aku ni dilahirkan mempunyai rambut yang sangat kasaq bagai dawai. Kasaqnya rambutku membuatkan aku begitu pilu dan sedih sekali. Tambahan pula, kedua adik perempuanku mempunyai rambut yang ikal mayang beralun alun seperti ombak bila menyikatnya. Mereka sering bercerita bahawa rakan rakan mereka sering memuji dan cemburu akan rambut mereka yang beralu alun seperti ombak dan ikal mayang itu. Tetapi aku? Pilu sekali lagi.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, aku mengikut emak dan adikku pergi ke suatu tempat untuk membuang sesuatu (hard to tell). Untuk membuang sesuatu itu, aku harus mandi air limau.

Okay. Diringkaskan cerita, aku mendapat petua menjaga rambut secara tidak langsung di sini. Untuk mendapatkan rambut yang lembut lurus bersinar dan beralun alun biarpun tidak disikat adalah seperti berikut :

Ambil sebiji limau nipis dan belah dua. Basahkan rambut seperti biasa. Kemudian, apabila rambut sudah basah, ambil sebelah bahagian limau tersebut dan sapu di rambut sambil perah limau tersebut. Buat sehingga habis perah limau tersebut dan make sure kena kulit kepala. Selepas itu, JANGAN BILAS RAMBUT. Lap air menggunakan tuala perlahan lahan. Ambil sikat dan sikat rambut PERLAHAN LAHAN dan selembut yang mungkin. Lepas tu lap rambut guna tuala selembut yang mungkin untuk lap air yang menitik nitik tu, Tunggu rambut hingga kering. 

Limau nipis macam ni ye kawan kawan. bukan yang kecik tu. selama ni mati mati aku ingat yang kecik tu limau nipis lols
OKAY. SELAMAT MENCUBA!

p/s : Kalau period dinasihatkan jangan buat ye sebab masa kita period segala liang kat badan kita tengah terbuka so better jangan basahkan rambut apatah lagi letak limau yang asid kuat ni kat kepala! Pening kepala nanti. For the first until four day of your period.