Thursday, October 1, 2015

Peristiwa 27 September 2015

Assalamualaikum.

Ada banyak benda best berlaku pada 27 September 2015 sebab tu aku decide nak abadikan dalam blog ni. Haha. 

Seperti yang diketahui umum, hari ni merupakan hari terakhir kami adik beradik di rumah sebelum berangkat ke tempat belajar masing masing. Ani punya tiket 430 petang, amad balik lepas zuhur dengan amir and aku biasalah, akan balik selewat yang mungkin. Hehe.

So, pagi tu after subuh aku turun bawah pijak batu refleks sambil tengok running man (teruk betul pagi pagi dah tengok RM, orang baca almathurat T.T). Lepas setengah jam pijak terus mengantuk (memang kesan lepas buat refleks jadi mengantuk). Aku pun tido jap then 830 adik aku naik gerak cakap mama suruh pegi pasar pagi beli ikan nak bawak balik puncak. Lepas tu pegi jelah dengan adik aku. Ya Rabbi stress betoi p markit ngn mamat ni. -___-

Balik tu macam macam nak dimasaknya sebagai bekalan balik rumah sewa dan asrama nanti. Riuh dapoq haha. Mak aku masak laksa. Ani si gemok buat dodol ngn mama and aku buat kek carrot dengan nurul. Si lelaki tu pegi main game. Grrrr!!

And bergelumang lah segala galanya. Tepung di sana tepung di sini tah kat mana tepung gandum soda birkabonat semuanya lahh. Aku ngn nurul seperate bahan then nanti terus campur jee. Okay then kek dah siap. Buat cheese cream pulakk.

Lepas dah siap cheese cream maka bermulalah satu pengkhianatan hahahahaha. Mula mula penuh kan cream dekat seluruh kek. Lepas tu kengkonon nak tulis something atas kek tu.

Me ; Nak tulih apa atas ni ni?
Nurul : Taktau la ikut kamu la
Me : Okay kita tulis we, loveee, mama, abah
Nurul : Okay

Lepas tu ada ruang kosong banyak lagi lepas tu hahahahahaha (aku dengan nurul je yang paham)

Nurul : Ni ada kosong lagi ni nak tulih apa ni?
Me : Ermm, hah kita tulih kecuali ani (terus tulis secepatnya hahahaha)
Nurul : Hah? HAHAHAHAHAHAHA
Me : (tulis sambil gelak kuat gila!) tambah amad nak? (terus tulis!)
Nurul : HAHAHAHAHAHA

Setengah jam gelak tak berenti hahahahahahahahahahahaha!


ni ler kek nyeww, walaupun nampak huduh tapi dalamnye penuh kasih sayang okay!

Mungkin orang lain tak paham apa yang lawak sangat yang penting aku ngn nurul tau apa yang kami gelakkan hahahahaha. Kami memang selalu kenakan ani. Hehehehehe.

Mama buat macam macam makanan untuk kami bawak balik buat bekal. Kacang pedas la kek carrot laksa dodol ikan goreng buah macam macam la. Bak kata nurul, patut lah dia seorang ibu :')

Right after nak balik tu dapat tau Uitm bagi cuti hari isnin sebab jerebu. Yeeehaa! Heaven nak mampuih oiii. Rasa macam orang buta dapat tongkat kera dapat bunga semua lah. Hehehe.

Terus tak jadi kemas punggah balik barang turun bawah MAKAN hahaha. Seronokkk. Malam tu The Paklangsss datangs rumahs. Have a lot of fun with Ali :D Main game macam macam ngn dia. Mula mula test matematik dengan dia. Lepas tu main bagi nama binatang start dengan huruf ___. Gelak macam tak ingat dunia sampai kena marah and paling awkward sekali kami dua ja yang gelak kat ruang tamu tu. Kahkahkah. 

Lepas The Paklangs balik terus bukak laptop tengopk running man. Nurul keluaq. Around 1045 malam Nurul balik ketuk ketuk pintu kuat kuat. Bukak bukak pintu dia jerit, "kakak cepat keluar ada ular kat rumah sebelah!!"

Woi nebes mak oii terus grab tudung intai rumah sebelah. Anak dato' depan rumah dengan bini(or wife tak sure) dah jenguk jenguk ular tu kat bawah kereta orang sebelah. Kecoh!











Monday, August 31, 2015

Lagu Lagu Pembakar Semangat

Mari kita kongsi lagu lagu yang seronok didengar ketika stress atau semangat tengah down atau ketika cubaan membunuh diri mungkin? LOL.


Standing in the eyes of the world. Selalu dengar lagu ni pagi pagi masa kat segamat dulu. Sebagai pembakar semangat kononnya :D

 
Bersama sama. Tempuhi segala. Saat gemilang akan tiba. Kan kita kecapi bersama (:


Sama sama. Menjejak mimpi. Sama sama. Mencari dan menanti. Segalanya direstui cinta sejati :)

Yang ni jelah kot yang terfikir setakat ni. Banyak lagi sebenarnya. Lagu lagu faizal tahir pun banyak yang best :)

p/s : Ahad ni dah balik puncak dah. Last sem dah yuhuuuuu!

Friday, August 21, 2015

Petua Cun #1 #Rambut

Assalamualaikum. Hai.

Aku ni dilahirkan mempunyai rambut yang sangat kasaq bagai dawai. Kasaqnya rambutku membuatkan aku begitu pilu dan sedih sekali. Tambahan pula, kedua adik perempuanku mempunyai rambut yang ikal mayang beralun alun seperti ombak bila menyikatnya. Mereka sering bercerita bahawa rakan rakan mereka sering memuji dan cemburu akan rambut mereka yang beralu alun seperti ombak dan ikal mayang itu. Tetapi aku? Pilu sekali lagi.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, aku mengikut emak dan adikku pergi ke suatu tempat untuk membuang sesuatu (hard to tell). Untuk membuang sesuatu itu, aku harus mandi air limau.

Okay. Diringkaskan cerita, aku mendapat petua menjaga rambut secara tidak langsung di sini. Untuk mendapatkan rambut yang lembut lurus bersinar dan beralun alun biarpun tidak disikat adalah seperti berikut :

Ambil sebiji limau nipis dan belah dua. Basahkan rambut seperti biasa. Kemudian, apabila rambut sudah basah, ambil sebelah bahagian limau tersebut dan sapu di rambut sambil perah limau tersebut. Buat sehingga habis perah limau tersebut dan make sure kena kulit kepala. Selepas itu, JANGAN BILAS RAMBUT. Lap air menggunakan tuala perlahan lahan. Ambil sikat dan sikat rambut PERLAHAN LAHAN dan selembut yang mungkin. Lepas tu lap rambut guna tuala selembut yang mungkin untuk lap air yang menitik nitik tu, Tunggu rambut hingga kering. 

Limau nipis macam ni ye kawan kawan. bukan yang kecik tu. selama ni mati mati aku ingat yang kecik tu limau nipis lols
OKAY. SELAMAT MENCUBA!

p/s : Kalau period dinasihatkan jangan buat ye sebab masa kita period segala liang kat badan kita tengah terbuka so better jangan basahkan rambut apatah lagi letak limau yang asid kuat ni kat kepala! Pening kepala nanti. For the first until four day of your period.

Friday, August 14, 2015

KAK NGAH PART 2

       Masa bulan puasa hari tu balik kampung jumpa kak ngah. And i told kakngah that i will teach her how to write abc and she told me she dah tau la. kakngah dah belajaq kat sekolah hari tu. katanya. okay okay kita tengok apa jadi. kita tengokkkkkkkk

       And yes, after maghrib she came to me with a piece of paper and a pencil.

kak ngah : tengok ni kakngah tulih abc

and then she tulis capital A and small b and i asked her,

Me : Cantiknya tulisan kakngah! Mana b besaq kakngah?

kak ngah : Ni b besaq *besarkan b kecik tadi*

Me : eh eh. *muka macam nak gelak and nangis at the same time*

hahahahaha. kakngah niiiiiiiiii. takpelah kakngah. pelan pelan okay. ada masa kita belajaq lagi. i miss you kakngah. i miss your penguin dance!!

KAK NGAH PART 1


Kak ngah ialah sepupu kecil saya yang baru berumur empat tahun. Banyak memori ketawa bersama dan menangis bersama apabila kami adik beradik bersama kak ngah. disertakan di bawah ialah kisah pertama kakngah bersama kakunn (my younger sister)

kak unn : kakngah, kak unn cantik dak?
kak ngah : cantik laaa
kak unn : pandai. cantik macam sapa? (she expect kakngah would said dia lawa macam siti nur haliza mungkin)
kak ngah : cantik macam kakngah la (muka malas nak layan)
kak unn : hah? @!@#$$%^^%&&

HAHAHAHAHA. KAKNGAH!!


Wednesday, August 5, 2015

MIM KA CA?

okay korang mesti tak paham tengok tajuk  kan? hahahahaha/ terlebih dahulu izinkan lah hamba ketawa sebentar HAHAHAHA.

alkisahnya di suatu petang yang mendung, aku ngn mak aku pegi giant. pastu masa nak bayar depan kitorg ada perempuan macam melayu tak melayu cina tak cina dengan boyfriend dia yang bertatu yang muka pun macam melayu tak melayu and cina tak cina (konpius kan?)

pastu mak aku pun tanya aku,
mama : kakak, mim ka ca? (sambil muncungkan mulut kat pompuan tu)
aku : dalam hati dok apa dia mak aku ni dok mim ka ca nii. macam blur sat macam dok pikiaq sat (dalam hati nak tanya apa tu mim ka ca tapi leklu kita pikiaq dulu, punya taknak tunjuk loser depan mama haha) lepas dua puluh saat centu baru ohhhh mim for melayu ca for cina okay okay!
aku : (macam nak tegelak sikit tapi tahan) ca kot mak, macam mustahil ja kalau mim tu, boyfriend dia pun tak nampak macam alip (islam) pakai tatu lagi (ceh sempat lagi suruh mama pikiaq alip tu apa lols)
mama : *blur sekejap* em macam bukan alip. sabahan kot.
aku : ya kot, harap harap bukan mim la. macam malu je dok peluk peluk centu.
mama : mim pun apa ada hal. sekarang kan belambak centu
aku : amboi makkk.

HAHAHAHAHA. seronoknya bila orang bagi hint or secret code kat kita and kita paham without tanya dia. wooohooo! :D

p/s : taip ni sambil makan asam sambil tengok kuch kuch hota hai. hmmm heavenn !!

THE TEACHER'S DIARY

huaaaaa *nanes* sedihnya cite niii. baru lepas tengok cite ni kat astro citra. really inspiredddd and regret at the same time! (kenapa aku tak mintak jadi cikgu dulu???) noooooooo!! sedih sedih.

okay siapa pernah tengok cita ni sep sikit! siapa yang tak pernah tengok cite ni must watch okay! MUST WATCH! btw nak tengok cite ni lama dah, sejak hari guru bulan lima dulu tapi asyik miss sebab masa tu intern and cite ti asyik main siang jeeee. now dah dapat tengokkk! 

the teacher's diary :)

okay sini nak cerita sinopsis :
Teacher Ann (heroin) terpaksa ditugaskan di sebuah sekolah pedalaman di Thailand hanya kerana dia mempunyai tatu bintang di tangan nya. Mula mula dia sangat marah bila kena tukarkan kat situ bersama seorang lagi kawannya (Teacher Gigi). Dorg takleh adapt dengan environment kat situ bila dalam bekas air pun ada cicak and yang paling scary sekali bila Teacher Gigi ternampak mayat dalam tandas and dia terus ambik keputusan nak quit jadi cikgu kat situ. And bila cerita ni tengah running is bila Teacher Song yang menggantikan Teacher Ann yg dah transfer kat sekolah lain dengan boyfriend dia. Bila Teacher Song masuk sekolah pedalaman tu dia jumpa diary Teacher Ann and dia terus jatuh cinta dengan Teacher Ann yang dalam diary tu Teacher Ann ada bercerita tentang journey dia sepanjang mengajar kat sekolah tu.

And Teacher Song ni pun teruskan ajar murid murid kat situ ikut style Teacher Ann and baru diorg boleh terima Teacher Song. Klimaks cerita ni is bila Teacher Song gigih pergi cari Teacher Ann kat bandar sebab nak bertemu ngn Teacher Ann tapi sayang bila Teacher Song dapat tahu dari pengetua yang Teacher Ann nak kahwin ngn boyfriend dia lagi tiga minggu. He is so sadd. jeng jeng jeng. apa jadi lepas tu? mampukah cinta diam diam ni akan bertahan sebab Teacher Ann taktahu langsung akan pereasaan Teacher Song ke dia. wuwuwu. so sweeeettt cite ni. penuh dengan duka dan suka sepangjang diorang mengajar kat sini. cara diorg mengajar budak budak ni kreatif sangat and is it possible to love someone you've never met?

enjoy watching! 10/10 highly recommended!

p/s : IS IT POSSIBLE TO LOVE SOMEONE YOU'VE NEVER MET? JENGJENGJENG!



Saturday, July 11, 2015

NAE NAE DANCE


NAE NAE DANCE WAS SUPERB! I NEED TO LEARN THIS! THANKYOU TASHAMANSHAHAR <3

FOR THOSE WHO WANTS TO LEARN NAE NAE DANCE YOU CAN WATCH THIS VIDEO, HAPPY WATCHING ! :D



Saturday, July 4, 2015

Tuesday, May 26, 2015

SAYA SUDAH BERIKRAR

Assalamualaikum, hai semua.

korang pernah baca novel diagnosis? novel tu ditulis oleh dr anwar fazal and kawan kawan dia. novel tu pasal pengalaman doktor doktor kat mesia and dorg buku kan, aku dah baca dua dua. diagnosis 1 dah 2 pun dah, seriously best gila novel tu. those writing comes from heart kot. really touched.

hari tu adik aku balik dia bagi aku baca diagnosis 2. ada satu cerpen ni pasal derma organ. cerpen tu memang sangat sedih, pasal sorang perempuan koma and doctor decide nak cabut tabung oksigen and parents dia takkasi. ke macam tulah aku dah tak ingat heee. then bila perempuan ni dah meninggal hospital nak ambik organ dia sebab die pernah daftar untuk derma organ tapi parents dia refuse nak bagi sebab die tak pernah bagitau parents dia pun. last sekali lepas doktor pujuk then baru diorg kasi, aku bila baca ni air mata adoi menitis nitis sedihnya lahai.

summary cite tu cakap kurang daripada separuh daripada rakyat malaysia yang willing nak derma organ and hospital hospital kat malaysia ni memang kekurangan organ sangat sangat. sebab tu kes kes pencuri organ ni berleluasa sangat. pencuri organ ni sangat kejam dan sangat lah kejam dan tersangat lah kejam. dorg culik orang lepas tu ambik organ lepas tu campak mayat tu merata rata macam tu je. dah la organ jual mahal. kadang kadang tu masa ambik organ dorg buat hidup hidup! wehhh sedih boleh tak :( 

then lepas baca cerpen tu aku terus bukak www.dermaorgan.gov.my and daftar sebagai penderma organ :) korang boleh pergi laman web tu and isi details maklumat diri korang and tick lah kat mana yang korang rasa korang nak donate nanti :) sorry aku nk try tunjuk laman web tu tapi lappy aku ni lembab. 

then after two weeks mayb, saya dapat niiii!!

Cantiknya yeayyy!!

kad belakang kad tu korang boleh isi details korang and nanti dia sediakan ruang korang nak donate apa.  kita boleh derma tisu, jantung, paru paru, kornea, kulit and ape lagi tah.

show this to one of my medical friend, and she show her card too! hehehe so proud of us! and lepas tu dia kata tapi aku takkan derma kulit kot! kesian orang tu nanti HAHAHAHAHA. FIZAHHH!! you never fail to make me laugh! :DD

lepas dapat kad ni aku ada tanya mama, "mak nanti bila kita dah mati pastu depa ambik organ kita agak agak sakit tak masa tu?" pastu mama tergelak sebab aku pernah kata kat parents aku yang kalau aku mati accident ke kena bunuh ke apa jangan pernah buat post mortem kat aku seba aku tau bila kita dah jadi mayat nanti lagi la orang kena layan kita lembut lembut. bayangkan dah kena air mata pun sakit macamana kalau buat post mortem? erkk. sebab tu kalau mandikan mayat kena mandi kan dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. takut kita terseksa mayat tu.

mula mula aku takut jugak nak daftar. tapi bila fikir fikir balikm banyak macam banyak je pahala aku kat dunia ni dah la sedekah pun jarang, nak derma darah tak layak pulak. so aku taktau aku dapat kekuatan ni dari mana, tak fikir sangat pun seba aku tau kalau aku fikir nak ke taknak mesti jadi taknak punya nanti. aku terus g laman web tu daftar. fullstop, apa nak jadi jadi. yang penting ikhlas. apa nak jadi lepas aku mati apa aku rasa apa aku dapat lepas mati ni biar lah Allah je yang tahu. :)

and isnin hari tu masuk office aku tunjuk kat ain, ain terkejut and dia cakap aku first kawan dia yang buat macam ni,dia pon tak berani. lol. ain ain, hahahha :DD

BYE!

p/s : tunjuk kat amad kad ni and tanya dia bila nak daftar macam kakak? he said, "errr, belum terfikir lagi nak ke arah tu" LOL



Sunday, May 24, 2015

HAPPY GRADUATION DAY!

Gambar graduasi diploma perakaunan 2013 :)


Selamat hari graduasi kepada semua calon calon graduan seluruh Malaysia. Selamat mencari kerja! :)


Saturday, May 23, 2015

PENGORBANAN

Assalamualaikum.

Aku ingat hari ni nak post pasal titanic part 2 tapi nanti lah. nak buat draft dulu cantik cantik pastu nanti baru post. hee.

okay hari ni nak cakap pasal pengorbanan.

aku ada buat part time jaga tusyen dekat dekat dengan kawasan rumah aku(lima minit je dari rumah kalau jalan kaki). baru dalam dua minggu aku kerja. tiga hari je seminggu.

kerja aku senang je. jaga kaunter. jaga tempat ni elok elok pastu kutip yuran budak budak.

pastu hari tu ada sepasang pasangan ni datang nak bayar yuran untuk dua orang anak diorang. pasangan ni merupakan pasangan kurang upaya. suami isteri tu bisu dan pekak. tapi anak anak die okay je. normal.

semangat dorg datang bawak anak datang tusyen semata mata nak anak anak dorg taknak jadi macam dorg. pastu hari rabu lepas dia datang cakap ngn aku nak bayar yuran. aku tak paham dia cakap apa. pastu dia mintak kertas. pastu dalam kertas tu cakap die nak bayar untuk sorang dulu lagi sorang dia bayar kemudian. pastu aku cakap ohhh. boleh je. oastu die senyum je. dia asyik senyum je sepanjang die kat sini macam takde masalah langusng. aku kagum ngn dia. macam happy dapat tengok anak anak die kutip ilmu. so proud of him.

pastu tadi die datang nak bayar yuran untuk lagi sorang anak dia yang darjah enam. aku tunjuk senarai pelajar darjah enam suruh die cari nama anak dia. pastu dia tnjuk pastu dia bagi duit. semuanya seratus tiga puluh. die bagi duit dua puluh tiga keping pastu duit sepuluh sikit pastu banyak sangat duit seringgit seringgit. ya Allah. aku nak nangis. tapi die senyum je. lepas aku bagi die resit aku teruis masukkan duit tu dalam sampul. pastu die macam bagi isyarat kenapa tak kira pastu aku tulis dalam kertas takpelah saya percayakan pakcik. sambil senyum. terharu dia. :') tak sanggup aku nak kira depan dia. aku tahu orang macam tu takkan tipu. sedihnya.

aku ingat selama ni aku yang paling susah kat bumi ni rupa rupanya ada orang lagi susah :(

Ya Allah, berkatilah hidup pakcik ni sekeluarga. bahagia kan lah hidup mereka dengan kasih sayang MU. Murahkan lah rezeki mereka ya Allah.

p/s ada projek besar nak buat. takut. pray for me :)

Monday, May 18, 2015

TITANIC

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca pembaca setiaku sekalian (ada kewww?) hakhakhak. :P 

Okay hari ni aku buat review pasal cerita paling best kat bumi iaitu TITANIC :). Aku ingat lagi cite ni first time aku tengok ngn adik aku masa umur lima tahun guna komputer dulu dulu yang macam tv tu. Masa tu tak paham sangat cerita dia macamana. Tau cita tu femes je. Lima tahun kan. Mana nak paham apa. And after that, bila masa dan ketika ada nya cerita ni kat tv, memang aku akan tengok. AKAN TENGOK. Kalau tak dapat tengok aku akan emo seminggu (aku memang emo sikit kalau kalau cite best best aku tak dapat tengok. bukan sikit. BANYAK) hahaha. Okay back to titanic.

Titanic ni semua orang tau masa kapal ni dibina dia punya struktur binaan kuat nak mampus sampai kan dinobatkan kapal paling hebat masa tu and takkan tenggelam walau apa pun yang jadi. BESAR GILA kapal ni. Tapi nak buat macam mana, disebabkan keangkuhan perekanya dan bila Allah cakap kun fayakun maka jadilah ia, kapal ni tenggelam hanya kerana terlanggar aisberg. Kalau hampa nak tau meh cik pejelina cita sikit meh semua pasal titanic yang cik pajelina tau. Aku ada buat research sikit pasal ni. eh bukan sikit. BANYAK. HAHA. Banyak sebab setiap kali cita ni on air kat tv mesti aku akan google pasal cita ni. Semua lapan juta facts pasal Titanic semua aku tau. Deleted scenes pun aku tengok tau. obses tak obses. haha.

Setiap kali aku cakap or tanya pasal cerita ni kat kawan kawan aku mesti aku dapat reaksi macam ni.

"ko tengok cite titanic?? ee jiwang siot kau ni hahaha"

"serius ah ko suke tengok titanic? jiwang gila!"

"ko tengok titanic?? eee banyak part censored tau. lucah la ko ni hahaha"

"aku kalau tengok titanic tak pernah habis. cita dia lama sangat la!"

Hahaha. Ni antara respon respon yang aku dapat la. And setiap kali tu la aku bukan main semangat lagi menidakkan pandangan mereka terhadap cerita kegemarankus inis. haih. haha. Okay meh sini nak cerita. dari tadi nak cerita tak cita cita pun kan, lempang sekali. hehe. aku cerita ikut point la eh. Tapi aku rasa bertabur sikit ni. maap lah ye. saya memang macam ni. peace.

1.  Kalau korang nak tau, Titanic ni kalau director nya masukkan sekali semua deleted scenes, cite ni jadi 5 jam tau! Tapi deleted scene yang dorang potong tu memang sangat kena sebab cerita yang dah potong deleted scenes tu pun dah okay. Antara deleted scene yang aku ingat iz masa kapal tu dah nak tenggelam, yang Rose naik bot penyelamat pastu dia main main mata dengan dengan Jack masa nak turun pastu atas dorongan rasa cinta yang mendalam dia panjat balik kapal tu pastu Jack lari pegi kat dia pastu yang tunang dia yang jahat tu(tak ingat nama) kejar dorang, pastu tengok Rose dengan Jack tengah kissing pastu dia bengang kan? kan lepas tu konon dia nak patah balik pastu tiba tiba dia ambik pistol orang bawah dia tu(orang bawah ke?) pastu terus tembak berdas das kat Jack ngn Rose pastu dorg pun bertempiaran lari. Lepas dorg lari tu dia tak larat nak kejar dah pastu dia macam tergelak sikit macam ahahah macam tu kan dekat orang bawah dia tu? pastu orang bawah dia tanya why? pastu dia cakap dia letak rantai (Heart of The Ocean) dalam kot dia before dia keluar bilik tadi and I put the coat on her! kata dia sambil menjerit sikit. pastu dalam cerita yang sebetulnya terus ke part Jack and Rose kan? tapi yang deleted scene ni, yang jahat tu bagitau orang bawah dia kalau nak rantai tu p la kejaq depa. pastu bermula lah adegan kejar mengejar antara orang bawah tu dengan Jack dengan Rose pulak. Haa yang scene tu la yang deleted scene. Kalau korang nak tengok korang boleh tengok kat youtube :)

2. Aku tengok cerita ni dari saat pertama hingga lah ke saat terakhir. Semua orang ingat kapal tu tenggelam sebab terlanggar iceberg kan kan? SEBENARNYA TAKK. DAN SEBENARNYA YA. Ya, kapal tu memang terlanggar iceberg tapi faktor yang sebenarnya ialah kapal tu dipandu laju sangat. Macam ni. Ada satu dialog ni. Ada satu pakcik kaya(pakcik A) ni, aku taktau dia pangkat apa dalam kapal tu, dia cakap kat satu pakcik ni(pakcik B), pakcik tu macam pakcik yang berkuasa handle kelajuan kapal nila. pakcik A ni cakap kat pakcik B, tolong tingkatkan kelajuan kapal ni sebab die nak kapal ni sampai America(correct me if im wrong) awal sehari dari jadual asal and jadi main news kat America sebab dorg sampai awal and tu akan buatkan nama pakcik B tu meletops angkat tangan meletops! then pakcik B tu argue mula mula. Dia cakap cannot la sebab nanti bimbang keselamatan penumpang la apa lagi entah dia cakap. pastu pakcik A ni argue balik cakap ni kapal yang tak mungkin tenggelam la apa la sangat laju yang dia suruh tu la blabla kau buat jela yang aku suruh! ha macam tu la konon dia cakap. pastu pakcik B ni pun akur la teruih p kat kelasi kapal nye pun suruh tingkatkan kelajuan nye pun. kelasi dia pun akur. Disebabkan kapal ni laju sangat la kapal ni terlanggar jugak iceberg tau tak. Aku ingat lagi scene tu. Masa dua orang kelasi kapal yang ditugaskan  untuk memerhatikan kalau kalau ada iceberg yang mendatang, dorang terlambat sikiiittt ja nak bagitau yang handle roda kapal(roda yang handle kelajuan kapal) sebab dorg tengah dok syok tengok aksi Jack dengan Rose. Sebabkan kapal ni laju sangat la dorg tak sempat nak buat selekoh nak elak betul betul iceberg tu. Aku ada baca satu facts about titanic ni, yang mengatakan kalau dorg perasan iceberg tu 30 SAAT awal dari masa yang dorg perasan maybe dorg sempat elak iceberg tu and semua orang SELAMAT. tapi benda dah nak jadi kan? sedih bukan? Masa dah terlanggar tu memang ketua kelasi kapal(pakcik B) tu muka cuak gila, and bila dia bincang bincang dengan mereka mereka memang confirm kapal ni akan tenggelam dalam masa dua jam lagi. Pakcik B tu pun perli pakcik A, ayat dia macam ni, tahniah pakcik A, titanic akan tenggelam tak lama lagi, memang news pasal titanic ni akan jadi muka depan dalam paper nanti, tahniah!! haa hambek ko. padan muka. pastu yang aku bengang nya pakcik A ni selamat masalahnya, dia masuk dalam bot penyelamat yang dikhaskan untuk wanita dan kanak kanak dengan muka tak malunya, pastu masa nak turunkan bot tu orang tu perasan yang pakcik A ni dalam bot tu tapi dia biaq jaaaa. eeee bengangggg!! pengecut!

3. Okay salah satu fakta yang aku suka titanic ni sebab dia karam masa bulan april. 15 April tahun berapa tah. 19 30 someting rasanya. betulkan kalau salah terimakasih. bukan la aku suka sangat facts yang kapal ni karam, aku suka sebab setiap tahun bulan april mesti mana mana tv akan tayang cita ni sebagai tanda mengenangkan kekaraman kapal ni la. rasa macam diraikan pulak sebab I am baby April babyyy!! sebab tu aku suuuka sangat cerita ni hahahha!

4. Fakta lain yang aku suuuuka sangat cita ni ialah saat bila terkaramnya kapal ni, bila terbelah dua nya kapal ni, bila kelam kabut nya semua orang nak selamatkan diri, aku terfikir, kalau la aku kat tempat dorg, apa aku akan buat? apa akan aku lakukan? adakan aku selfish? fikir ke tak pasal mak ayah adik adik aku. kalau korang apa korang akan buat? aku suka cerita ni sebab tu la, bukan sebab aku ni jiwang ke apa. aku bukan nya fokus sangat pun kat kisah cinta Jack and Rose. okay ni tipu. haha. bukan la tak fokus sangat, cuma aku lagi fokus tang bila kapal tu dah tenggelam and nak terbelah dua. I cried every time I watched this movie y know. EVERY TIME. sedih wey cerita ni betul tak tipu. Part censored pun bukannya ada pun sebab tv dah potong habis semua and aku tak pernah tengok cita ni kat lappy okay. taktau lah kenapa. maybe macam tak thrill kot. lagipun kalau tengok kat lappy tiga jam tak benti penat wohhh. atleast kat tv okay sikit sebab ada iklan. boleh la time tu nak p kencing sat apa semua. hahaha. lagi pun macam best pulak dok countdown sendiri bila lah cerita ni nak ada ni kat tv ni. hahahaha. syok weh ceni!

5. Lagi fakta pasal kapal ni iz bot penyelamat untuk kapal ni hanya cukup cover separuh saje dari seluruh penumpang titanic tu. Penumpang titanic ada 2227 and hanya 705 orang je yang selamat. tak sampai separuh pun wei. TAK SAMPAI EH. sobs sobs. Ada satu dialog ni aku ingat lagi antara pakcik A ngn Rose, pakcik A cakap dia dah usulkan untuk tambahkan bot penyelamat sebelum kapal ni berlayar tapi dorg buat bodoh and bagi alasan buat semak kapal je kot? lehhhh. geramnya la aku lahai. haih. masa operasi menyelamat dijalankan, dorg hanya tempatkan separuh ja penumpang yang sepatutnya dalam bot tu. sampai la pakcik A kot marah kenapa tak penuhkan je bot tu baru dorg penuhkan. and aku ada baca, sehari sebelum titanic berlayar, pihak titanic ada keluarkan bot bot ni untuk penumpang penumpang titanic practice if anything bad happens, but it was CANCELLED. alahai. dah la LEBIH separuh daripada bot penyelamat tu tak penuhkan capacity penumpang pun. Pakcik A tu pun mati sebab dia tembak diri sendiri rasanya. sedihnya Ya Allah. :(

6. Yang aku ingat lagi aku ada baca kat mana tah, ada funny facts pasal titanic ni, yang scene Rose ngn Jack nak berdiri atas kapal yang tagline famous you jump I jump tu, kan Rose kena depangkan tangan nye, director ternampak secebis bulu ketiak Rose, and dia pun cakap, "okay Rose we gonna shave your armpit first and after that baru kita continue shoot" haa camtu la ayat dia hahahahh sukati aku ja :D and lagi satu ada news cakap yang Kate Winslet ni kena pnemonia lepas penggambaran tu sebab dia refuse nak pakai jaket. tak salah aku la. correct me okay if im wrong sebab aku baca facts ni bulan lepas masa titanic ada kat tv2 hari tu. macam dah lupa sikit. sory :)

okay itulah serba sedikit facts and pendapat aku pasa Titanic hashtag ceritapalibestkatbumi ni. Kalau korang nak tau more korang boleh baca kat link ni http://www.omgfacts.com/lists/15969/12-Haunting-Facts-About-The-Titanic-That-You-ve-Never-Heard-Before-7-Blew-My-Mind 
takpun korang taip je kat google Facts about titanic nanti keluar lah segala facts yang ada. nah. thankyou for reading :) next entry aku lanje gambo gambo titanic ni eh. now malas. bye!

p/s : mak aku ada hantar kat whatsapp group hari tu yang pasal titanic karam ni memang Allah ada sebut dalam Al-Quran. Wallahualam


Sunday, May 17, 2015